Monday, July 7, 2008

Balai Cerap Al Khawarizmi Tanjung Bidara Melaka


Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.

Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung.

Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.
Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Selain bidang falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.

Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak), Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).

Seminar Penghayatan Falak 2008

ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN

OBJEKTIF
Seminar yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif- objektif yang telah digariskan seperti berikut:
i) Mengimbau kembali peranan ilmu falak dan kepentingannyakepada masyarakat khasnya bagi umat Islam
ii) Memberi penjelasan kepada masyarakat tentang hubunganilmu falak dengan pelaksanaan ibadat dan kehidupan
iii) Melibatkan penyertaan umat Islam dalam aktiviti falak

SASARAN PESERTA
Seminar ini mensasarkan penyertaan seramai 300 orang peserta yangterdiri dari wakil-wakil Agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri, guru-gurusekolah rendah dan menengah, pensyarah dan pelajar Institut PengajianTinggi, ahli-ahli persatuan falak dan individu-individu yang berminat.

TARIKH / TEMPAT
Tarikh : 23 Rejab 1429 H / 26 Julai 2008 M (Sabtu)
Tempat : Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka

YURAN PENYERTAAN
Dewasa/Individu : RM 10.00Pelajar : RM 5.00
Bayaran merangkumi kit seminar, makanan dan kos pengurusan selama seminar berlangsung. Penginapan tidak disediakan.

SENARAI PEMBENTANG KERTAS KERJA

Kertas Kerja Utama:
Tajuk : Sumbangan Program Angkasa Negara Dalam Meningkatkan Ilmu Sains Falak Oleh : Y. Bhg. Dr. Mustafa Din Subari, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara

Kertas Kerja 1:
Tajuk : Ilmu Falak dan Hubungannya Dengan Kehidupan Oleh : Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Mohd Zambri Zainuddin, Universiti Malaya
Kertas Kerja 2:

Tajuk : Mengelintar Budaya Intelek Ulama'Falak Alam Melayu Oleh : Y. Bhg. En. Baharuddin bin Zainal, Universiti Darul Iman

Kertas Kerja 3:
Tajuk : Keperluan Takwim Qamari Dalam Ibadat Khusus Oleh : Y. Bhg. Tn. Hj. Hanafiah bin Abd. Razak, Jabatan Mufti Negeri Johor

Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam Modul 3 ( ESQ )

Pada 23 hb Julai 2008 hingga 27 hb Julai 2008, satu kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam modul 3 telah diadakan di Pulau Langkawi. Kursus kali ini di hadiri oleh staf-staf MARA dari IKM, KPM,KKTM dan lain-lain.

Penekanan kursus kali ini lebih menekankan aspek kerohanian Islam dan ESQ sebagai asas kecemerlangan hidup. Para penceramah terdiri tenaga-tenaga penggerak dari AFAQ CONCULTANCY. Mereka ialah Dr. Sulaiman Ibrahim, Dr Shahrom dan Ustaz Mohamad Lokman Dato Awang. Kursus tersebut berlangsung selama 4 hari